Ed Sheeran Menang Kes Pertikaian Hak Cipta Lagu "Shape of You" Selepas Naik Turun Mahkamah

Ed Sheeran menang ke atas kes pertikaian hak cipta “Shape of You” selepas Mahkamah Tinggi London memutuskan bahawa dia tidak menciplak lagu “Oh Why” nyanyian Sami Chokri yang diterbitkan pada 2015.

ed sheeran menang kes pertikaian hak cipta lagu shape of you selepas naik turun mahkamah

Chokri, yang juga menggunakan Sami Switch, mendakwa bahawa melodi “Oh I” dalam lagu Sheeran itu sangat mirip dengan melodi “Oh Why” dalam lagunya sendiri.

Sheeran bagaimanapun menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas.

Hakim Antony Zacaroli memutuskan bahawa Sheeran sama sekali “tidak meniru, sama ada dengan sengaja atau tidak” lagu milik Chokri itu.

Meskipun Zacaroli mengakui terdapat persamaan dalam frasa satu bar dalam kedua-dua lagu terbabit namun ia tidak cukup untuk dianggap sebagai plagiarisme dan pelanggaran hak cipta.

“Kebetulan pasti akan berlaku jika terdapat 60,000 buah lagu dikeluarkan setiap hari di Spotify. Ini bermakna 22 juta lagu dikeluarkan dalam setahun dan hanya ada 12 nota yang boleh dipilih untuk dijadikan sebuah lagu,” jelasnya.

“Shape of You” merupakan lagu terlaris di UK pada 2017 dan lagu paling banyak distrim di Spotify.

Sheeran menulis lagu tersebut bersama John McDaid dari Snow Patrol dan penerbit Steven McCutcheon yang mana mereka menafikan pernah mendengar lagu “Oh Why”.

 

Sumber: [1]