Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan beliau dan delegasinya telah selamat tiba di Gaza, Palestin pada hari ini.
Menurutnya, Kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir memaklumkan delegasinya merupakan yang pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui Pinta Rafah setelah tercetusnya perang selama 11 hari sekitar Mei lalu.
Mengambil kesempatan untuk berkongsi mengenai perkembangan terbaru beliau di sana, coret Ebit di Instagram miliknya, “Syukur pada Allah. Pasukan kami berada di Gaza, Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut Kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.
“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 NGO seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu,” tulis beliau.
Tambahnya lagi, beliau berasa sebak setibanya di Gaza, seolah-olahnya berada di kampung halaman sendiri.
“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini,” jelasnya.
“Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” katanya.
Sumber: [1] [2