Eau de Space, Minyak Wangi Bau Angkasa Lepas

eau de space, minyak wangi bau angkasa lepas

Kalau korang teringin atau tertanya-tanya macam mana bau ruang angkasa, perfume Eau de Space ini boleh menjawab persoalan tersebut.

Dicipta oleh Steve Pearce, seorang ahli kimia dan pengasas Omega Ingredient, minyak wangi ini akan memberi aroma persekitaran di angkasa lepas. Jadi, korang boleh agak apa yang dihidu oleh angkasawan yang berada di angkasa lepas.

Menurut CNN, Pearce mengikat kontrak dengan NASA pada tahun 2008 untuk menghasilkan bau ini. Ia mengambil masa selama empat tahun bagi menemui formula bau angkasa.

Bukan saja-saja tau diorang buat perfume ni. Mereka akan menggunakan minya wangi ini sebagai latihan kepada angkasawan bagi mengurangkan rasa terkejut apabila tiba di ruang angkasa.

Menurut salah seorang angkasawa NASA, Peggy Whitson, bau angkasa lepas seperti bau pistol yang baru sahaja melepaskan tembakan.

Jadi, kalau korang berminat nak tahu macam mana bau angkasa lepas, boleh lah beli minyak wangi ni.

Sumber: CNN

ARTIKEL BERKAITAN