‘‘Dunia Mungkin Dilanda Pandemik Baru 20 Tahun Akan Datang,’’ - Bill Gates

Dunia mungkin akan berhadapan dengan pandemik baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang disebabkan oleh virus sedia ada.

‘‘dunia mungkin dilanda pandemik baru 20 tahun akan datang,’’ - bill gates

Demikian amaran yang diberikan pengasas Microsoft, Bill Gates susulan daripada 50 peratus kebarangkalian wabak global yang mungkin akan berlaku di masa akan datang.

.

Menurutnya, pandemik seterusnya ini mungkin berpunca daripada agen bioteror buatan manusia atau sesuatu dari dunia semula jadi akibat perubahan iklim.

‘‘dunia mungkin dilanda pandemik baru 20 tahun akan datang,’’ - bill gates

Bagi mengelakkan isu ini daripada benar-benar berlaku, Gates kini dalam usaha menyediakan vaksin dan menangani perubahan iklim.

.

Beliau turut mencadangkan agar negara-negara menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada ribuan saintis bagi membuat kajian terhadap pelbagai jenis patogen berisiko tinggi. Pasukan itu juga dicadangkan dengan nama Mobilisasi dan Tindak Balas Epidemik Global (GERM) dengan dibiaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

.

Sebelum ini, Gates pernah memberi amaran pada 2015 bahawa dunia tidak bersedia untuk berdepan dengan kewujudan pandemik atau wabak global. Dan lima tahun selepas itu, COVID-19 nyata telah melumpuhkan sistem kesihatan dunia hingga menyebabkan dunia terpaksa berdepan dengan perintah berkurung sementara saintis berusaha mencari vaksin.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN