Dengan Vaksin Sedia Ada, Dunia Dijangka Kembali Normal Dalam 7 Tahun

Pandemik COVID-19 yang mula berlaku pada awal tahun lalu, kini nyata telah merubah lanskap kehidupan dan ekonomi dunia.

dengan vaksin sedia ada, dunia dijangka kembali normal dalam 7 tahun

Seluruh dunia kini masih berharap dengan vaksin COVID-19, yang sedang atau akan diedarkan kepada orang ramai tahun ini.

dengan vaksin sedia ada, dunia dijangka kembali normal dalam 7 tahun

Meskipun wujudnya vaksin COVID-19, ia tidak bermaksud orang ramai sudah boleh menjalani kehidupan normal seperti sebelum pandemik, sebaliknya orang ramai masih perlu patuh kepada SOP dan ‘new normal’ yang telah ditetapkan.

 

Memetik laporan dari Bloomberg, berdasarkan kadar program vaksin pada hari ini, kehidupan di seluruh dunia akan kembali normal dalam tempoh 7 tahun akan datang. Namun, jangkaan tempoh itu boleh menjadi lebih cepat jika lebih banyak vaksin COVID-19 dihasilkan.

 

Meskipun begitu, saintis juga sedang mengesan kemungkinan wujudnya virus-virus baharu yang mana dikhuatiri boleh menjadi pandemik, seperti COVID-19.

 

Sumber: Bloomberg