Siapa tak kenal penyanyi, Santesh yang pernah popular dengan lagu viral Amalina sedikit masa dulu.
Punyalah aura yang dimiliki lagu itu sehingga ia trending no.1 di YouTube, selain sering berkumandang di corong radio.

Nama pencipta lagu dan penulis lirik itu kini kembali jadi sebutan dek kerana bakat yang dimilikinya.
Tapi kali ini bukan kerana ada lagu baru, sebaliknya kerana bakat dubbing Santesh.
Ya, artis berusia dalam awal 30-an itu pada tempoh hari memuat naik klip video babak komedi daripada filem blokbuster Tamil, Friends.
'Friends' lakonan Superstar Vijay dan Surya merupakan antara filem terbaik pelakon komedi tersohor Tamil, Vadivelu sepanjang kariernya.
Karektornya sebagai kontraktor cat rumah yang panas baran ternyata mencuit hati.
Penonton tidak kering gusi menyaksikan gelagatnya berhadapan dengan pekerja-pekerja di bawahnya ketika mengecat sebuah banglo besar.
Setiap babak babitkan Vadivelu dalam filem itu evergreen kerana timing komedinya yang mampu membuatkan semua tidak tahan ketawa.
Berbalik kepada Santesh, dalam klip video yang dimuat naik itu, dia alih suara semua watak dalam satu babak popular filem Friends itu ke dalam bahasa Melayu dan menariknya dubbing dan lenggok suara Santesh memang kena!
Kepada mereka yang terlepas menyaksikan video viral berdurasi 1 minit 46 saat itu, ini dia 🙂
Jadi tidak hairanlah di semua platform media sosial, rata-rata netizen terumatanya peminat filem Tamil dalam kalangan orang Melayu terhibur dengan hasil kerja Santesh.


Penulis juga masih belum jemu biarpun sudah berulang-kali menonton klip video itu.
Kita biasa dengar kenyataan artis bahawa komedi merupakan cabang paling sukar dalam seni lakon.
Bukan semua boleh buat orang ketawa. Tetapi itulah kelebihan dan bakat besar yang dimiliki pemuda berasal dari Klang, Selangor ini.
Mengulas mengenai dubbing-nya yang viral itu, Santesh ternyata gembira dengan sambutan yang diterima dan berhasrat untuk terus ber-dubbing lagi sekaligus menghiburkan peminatnya.
Lepas ini Santesh cuba lah alih suara babak komedi filem Hindustan pulak :-) Amacam, best tak?
Apa pun, dalam jangka masa yang agak singkat, Santesh telah membuktikan kemampuannya untuk bersaing lebih-lebih lagi dalam industri muzik Melayu.
Semoga grafnya selepas ini akan terus naik menuju puncak!

Sebelum berpisah, "Lu cabut punya paku, semua tak boleh pakai punya paku jugak!"
Itu dialog favorite penulis .. Ha Ha Ha
Oleh: Moganadas Muniandy