Pergh! Dubai Bakal Bina ‘bulan’ Bernilai Lebih RM20 Bilion

Dubai dilaporkan mungkin akan membina sebuah bangunan persis bulan bernilai AS$5 bilion (RM22,602,500,000) untuk dijadikan sebagai destinasi resort.

pergh! dubai bakal bina ‘bulan’ bernilai lebih rm20 bilion

Memetik laporan Arabian Business, bangunan yang digelar Moon Dubai itu merupakan hasil cetusan idea Sandra G. Matthews dan Michael R. Henderson dari Moon World Resorts Inc. (MWR).

Ia mempunyai ketinggian keseluruhan 735 kaki (224 meter) dengan tempoh pembinaan selama 48 bulan.

“Moon Dubai akan menjadi projek pelancongan moden terbesar dan paling berjaya di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, menggandakan lawatan pelancongan tahunan ke Dubai berdasarkan daya tarikan global, kesedaran jenama dan pelbagai tawaran bersepadu yang unik,” kata Matthews dan Henderson dari Moon World Resorts.

Bangunan itu juga mampu menampung sejumlah 10 juta pelawat tahunan dengan selesa, menurut mereka.

Selain itu, ia juga bakal menempatkan platform latihan untuk pelbagai agensi angkasa lepas dan angkasawan masing-masing.

 

Sumber: Arabian Business

ARTIKEL BERKAITAN