Sangat Mudah Merebak, Dua Sub-Varian Baru Omicron Sedang Dikaji – WHO

Puluhan kes jangkitan COVID-19 oleh dua subvarian baharu Omicron kini sedang diteliti dan dikaji oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

sangat mudah merebak, dua sub-varian baru omicron sedang dikaji – who

Menurut agensi kesihatan itu, ia sedang membuat penilaian sama ada dua sub-varian baharu Omicron itu lebih mudah menular atau berbahaya.

.

Dua lagi varian saudara bagi varian BA.1 telah ditambah dalam senarai subvarian Omicron iaitu BA.4 dan BA.5, yang mana BA.1 dan BA.2 kini menjadi dominasi peringkat global.

.

WHO menambah, kajian perlu dilakukan untuk memahami kesan subvarian ini terhadap potensi risiko terlepas daripada perlindungan imunisasi.

.

Secara umumnya, virus boleh bermutasi sepanjang masa namun hanya beberapa yang akan memberi kesan kepada keupayaan untuk merebak, mengelak imuniti terdahulu hasil vaksinasii atau keterukan penyakit.

.

Misalnya, subvarian BA.2 yang kini mewakili hampir 94% daripada semua kes yang dijujukan adalah lebih mudah berjangkit berbanding saudaranya yang lain. Tetapi, tiada bukti setakat ini yang menunjukkan ia menyebabkan gejala yang teruk.

.

Menurut WHO lagi, BA.4 telah dikesan di Afrika Selatan, Denmark, Botswana, Scotland dan England dari 10 Jan hingga 30 Mac.

.

Setakat minggu lepas juga, BA.5 telah dikesan juga di Afrika Selatan dan Botswana. Kesemua pesakit juga telah diberikan vaksin sepenuhnya dan hanya mengalami gejala ringan.

.

Sumber: [1]