Dua Pertiga Lelaki Di Dunia Meninggal Pada Usia Muda Berbanding Wanita

Sebanyak dua pertiga daripada lelaki di dunia lebih cenderung untuk meninggal pada usia muda jika dibandingkan dengan golongan wanita.

dua pertiga lelaki di dunia meninggal pada usia muda berbanding wanita

Kajian terbaru itu memberi amaran mengenai jurang jantina dalam kematian bagi kanak-kanak dan dewasa lelaki yang menjadi semakin tinggi di kebanyakkan negara.

 

Pada tahun 2019, kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa berusia 10 hingga 24 tahun menyumbang hampir dua pertiga iaitu 61 peratus daripada kes kematian peringkat global.

 

Jumlah kematian dalam kalangan lelaki bagi kumpulan umur itu menurun sedikit sebanyak 15.3 peratus, berbanding wanita sebanyak 30 peratus sejak tahun 1950.

 

Terdapat perbezaan yang tinggi dicatatkan di Amerika Latin dan Caribbean yang menyaksikan kematian bagi lelaki berumur 20 hingga 24 tahun adalah tiga kali ganda berbanding wanita.

 

Menurut kajian itu, antara faktor yang mendorong kepada kematian lelaki yang tinggi adalah konflik perorangan dan keganasan. Bagi remaja lelaki 10 hingga 14 tahun, kanser adalah pembunuh utama di hampir semua negara.

 

Manakala di Asia Selatan dan sub-Sahara Afrika, penyakit disebabkan pengambilan makanan atau air tercemar menjadi sebahagian besar punca kematian golongan lelaki dalam umur berkenaan.

 

Bagi lelaki berumur 15 hingga 24 tahun, kecederaan pengangkutan menjadi punca kepada kematian mereka yang dilaporkan di hampir semua negara.

 

Memetik laporan dari Jabatan Perangkaan Negara, pada tahun 2018, Ischaemic heart diseases kekal sebagai sebab kematian utama bagi lelaki (17.8%), diikuti oleh Pneumonia (11.1%), Cerebrovascular diseases (7.2%), Transport accidents (5.3%) dan Chronic lower respiratory diseases (2.9%).

 

Sumber: [1], [2]