Penularan wabak novel Coronavirus ataupun COVID 19 masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Disebabkan oleh itu juga, beberapa persoalan berkaitan ibadah mula muncul.
Sembahyang Jumaat antara ibadah yang memerlukan jemaah berhimpun di masjid. Sebelum menunaikan solat 2 rakaat, setiap muslim wajib mendengar khutbah.
Buat masa ini, berdasarkan laporan Al Jazeera, 2 negara Islam iaitu Iran dan Tajikistan telah bertindak dengan menyarkankan agar penduduknya melakukan solat zuhur bagi mengganti Solat Jumaat. Ini kerana untuk menghalang daripada wabak COVID 19 terus menular.
Kerajaan Singapura pula telah mencadangkan para jemaah untuk membawa sejadah sendiri. Selain itu, mereka juga disarankan untuk tidak bersalaman bagi mengelakkan menyebar virus itu.
Di Malaysia pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Agama Islam, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Solat Jumaat tetap diteruskan. Bagaimanapun, beliau menyaran agar pihak masjid memendekkan waktu khutbah bagi memendekkan waktu berkumpul.
Sumber: Al Jazeera