Penyanyi popular, Dua Lipa yang pernah berdepan dengan kritikan wargamaya akibat video tarian viralnya sekitar 2017 mengaku bahawa insiden tersebut memberi kesan mendalam dirinya.
Pada 2017, penyanyi itu mempersembahkan single hit nyanyiannya yang berjudul “One Kiss” secara langsung di atas pentas, yang mana ia kemudian menyaksikan Lipa menjadi sensasi viral dengan ramai wargamaya menggelar persembahannya pada ketika itu “pelik” dan “malas”.
Selepas hampir beberapa tahun insiden itu berlalu, Lipa mendedahkan bahawa kritikan pedas kebanyakan wargamaya dari masa itu ternyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
“Saya fikir pada ketika itu, terdapat detik-detik keraguan diri, walaupun ia agak tidak adil kerana orang ramai yang telah menghantar mesej tersebut atau mengatakan mengenai perkara itu dalam talian sebenarnya tidak pernah menghadiri pertunjukan tersebut,” katanya.
Pelantun lagu “Don’t Start Now” itu mengaku bahawa persekitaran dalam talian memberi kesan negatif kepadanya.
“Media sosial seolah-olah berjalan pada mata wang toksik ini ‘yang boleh membuat orang ketawa dengan mengorbankan orang lain’,” katanya.
“Ada orang yang membuatkan saya berasa seperti mungkin saya tidak cukup baik atau saya tidak kayak berada di sana,” tambahnya.
“Saya terpaksa melepaskan diri dari Twitter, tetapi jika itu akan membantu saya dan kesihatan mental saya dan membolehkan saya berkembang maju dalam apa jua cara yang saya pilih, ia adalah penyelamat terbesar.”
Sumber: [1]