Akibat Potong Barisan, Dua Keluarga Bergaduh Teruk Di Disney World!

Akibat memotong barisan, dua keluarga ini bergaduh teruk di Disney World, Amerika Syarikat.

akibat potong barisan, dua keluarga bergaduh teruk di disney world!

Menurut laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku selepas seorang pengunjung taman tema itu yang pada mulanya sedang menunggu untuk masuk ke Mickey’s PhilharMagic menyedari dia tertinggal telefon bimbitnya pada kenderaan pengangkutan elektriknya.

Dia kemudian berlalu meninggalkan barisan itu untuk mendapatkannya, sementara keluarganya kekal beratur di situ.

Namun, setelah kembali, terdapat pula keluarga lain yang cuba menghalangnya daripada menyertai semula barisan tersebut.

Keluarganya kemudian dilaporkan menunggu di luar teater kawasan terbabit dan berhadapan dengan keluarga itu.

“Kami tidak menghargai kamu menolak adik perempuan saya,” salah seorang daripada mereka dilaporkan berkata kepada keluarga yang menghalang mereka sebelum itu.

Tanpa disangka, konfrontasi itu bertukar menjadi perlawanan menjerit sesama sendiri sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan fizikal sebelum pasukan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang datang untuk menghalang.

Seorang daripada lelaki terbabit dimasukkan ke hospital dengan luka di mukanya sementara mereka yang lain mengalami lebam-lebam,” lapor Daily Mail.

Dalam pada itu, Fox News melaporkan bahawa Pejabat Syerif Orange County telah menahan tiga orang dari kejadian terbabit kerana melakukan kesalahan.


Sumber: Fox News

ARTIKEL BERKAITAN