“Selamatkan Saya dan Adik, Saya Rela Jadi Hamba,” Video Mangsa Gempa Bumi Undang Sayu

Usaha pencarian dan menyelamat mangsa tragedi gempa di Syria dan Turki kini sedang giat dijalankan.

 

Terbaharu, pasukan penyelamat berjaya menemui dua orang kanak-kanak yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan.

“selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba,” video mangsa gempa bumi undang sayu

Menerusi perkongsian video di Twitter oleh wartawan Zuhair Alamosa, beliau menceritakan detik menyelamatkan kanak-kanak itu dari bawah runtuhan.

 

Ujarnya, kanak-kanak itu merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan merelakan diri untuk dijadikan hamba.

 

"Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda," jelasnya dalam video berdurasi 17 saat itu.

 

 

Dapat dilihat kanak-kanak berbaju biru itu cuba menenangkan adiknya yang turut kesempitan di celah runtuhan bangunan.

 

Kata-kata dari anak kecil itu turut menggambarkan kedua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah yang berlaku akibat peperangan negara dan bukannya daripada kesan gempa bumi.

“selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba,” video mangsa gempa bumi undang sayu

Sumber: Twitter / Astro AWANI