Dua Filem Will Smith Terpaksa Digantung Berikutan Insiden Tampar Chris Rock Di Oscar

Berikutan insiden menampar Chris Rock di Oscar, kerjaya Will Smith sepertinya turut sama menerima tempias.

dua filem will smith terpaksa digantung berikutan insiden tampar chris rock di oscar

Beberapa filem yang sepatutnya dibintangi Smith, telah diketepikan oleh Hollywood sementara menunggu skandal itu reda.

Antara filem tersebut termasuk “Fast and Loose” dan “Bad Guys 4”.

Terdahulu, kurang seminggu dari insiden dia menampar Chris Rock selepas pelawak itu membuat gurauan tentang isterinya Jada Pinkett Smith, Smith mengumumkan peletakan jawatannya daripada Akademi Sains dan Seni Perfileman di tengah-tengah penyiasatan sekiranya dia melanggar kod kelakuan kumpulan itu.

“Senarai mereka yang saya sakiti adalah panjang dan termasuk Chris, keluarganya, ramai rakan dan orang tersayang saya, semua yang hadir, dan penonton global di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya mengkhianati amanah Akademi. Saya menafikan calon dan pemenang lain peluang mereka untuk meraikan dan diraikan kerana kerja luar biasa mereka. Saya patah hati. 

“Saya mahu memberi tumpuan semula kepada mereka yang patut diberi perhatian atas pencapaian mereka dan membenarkan Akademi kembali melakukan kerja luar biasa yang dilakukan untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam filem,” tambah Smith.

 

Sumber: [1]