Varian baru COVID-19 Omicron kini menjadi perhatian ramai dan telah didapati merebak di beberapa buah negara.
Ketika ramai sedang hangat membincangkan mengenai varian ini yang kembali membawa ketakutan terhadap wabak COVID-19, ia turut membawa kepada memori dua filem yang pernah diterbitkan dengan nama yang sama.
Filem Itali tahun 1962 dengan nama Omicron, dan filem The Visitor from Planet Omicron pada 2013, kini mendapat tempat dalam senarai carian di Google.
Mana tidaknya, filem yang secara kebetulan menggunakan nama sama seperti varian baharu ini, mempunyai plot cerita yang menjadi kegemaran dalam penggemar teori konspirasi.
Filem Omicron yang pernah diterbitkan itu menceritakan tentang makhluk asing yang mengambil alih tubuh manusia untuk belajar mengenai Bumi supaya dapat ditawan. Manakala filem The Visitor from Planet Omicron pada 2013 juga berkisar mengenai serangan makhluk asing.
Bagaimanapun ia adalah secara kebetulan mempunyai nama yang sama kerana nama Omicron yang diberikan kepada varian baharu COVID-19 ini adalah dengan mengikut turutan pada abjad dalam huruf Yunani.
Sumber: [1]