Sudah Dua Bulan China Tiada Jangkitan Tempatan COVID-19

Negara China buat pertama kalinya dalam tempoh dua bulan tidak melaporkan sebarang kes jangkitan tempatan COVID-19.

sudah dua bulan china tiada jangkitan tempatan covid-19

Menerusi data rasmi yang dikeluarkan negara itu, ia sekaligus menunjukkan China berjaya mengawal penularan wabak COVID-19, seterusnya gelombang baharu virus berkenaan.

 

Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Nasional, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di China meningkat sedikit kepada 14 kes pada 7 Februari lalu daripada 12 kes sebelum itu, tetapi semuanya adalah jangkitan yang diimport dari luar negara.

sudah dua bulan china tiada jangkitan tempatan covid-19

Ia juga menandakan negara berkenaan tidak mempunyai jangkitan tempatan sejak 16 Disember tahun lalu, sekali gus membuktikan langkah agresif yang diambil pihak berkuasa telah berjaya menghentikan penyebaran virus ini dari dalam negara.

 

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di China berjumlah 89,692 manakala jumlah kematian tidak berubah pada 4,636.

sudah dua bulan china tiada jangkitan tempatan covid-19

Sumber: CNA

ARTIKEL BERKAITAN