Dua Buah Helikopter Dipercayai Bertembung Di Udara Sebelum Terhempas

dua buah helikopter dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas

Kecoh di media sosial pagi tadi apabila terdapat kejadian helikopter terhempas di sekitar Taman Melawati.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pertembungan di antara dua buah helikopter di udara sebelum terhempas.

Buat masa ini, pihak bomba menyatakan terdapat empat mangsa yakni dua lelaki dan dua perempuan. Menurut laporan itu juga, dua daripada mangsa tersebut tidak sedarkan diri.

Pengarah Bomba Selangor, Norasam Khamis telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku berhampiran Taman Melawati, Ampang sekitar 12 tengah hari tadi.

Sumber: Astro Awani