Misi Membongkar Sebuah Misteri, Drama Hilang Kini Sudah Ditayangkan Di Viu Dan Astro Ria

Drama terbaru, Hilang arahan Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi kini telah ditayangkan di Viu bermula 17 November yang lalu dan akan bersiaran setiap hari Khamis. 

misi membongkar sebuah misteri, drama hilang kini sudah ditayangkan di viu dan astro ria

Hilang adalah sebuah drama penyiasatan yang mendebarkan dengan elemen mistik menceritakan tentang inspektor Munir yang kembali ke kampung halamanya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan. 

Manakala Yusof pula, seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adik semasa satu upacara rawatan yang gagal. Tetapi, Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu bandar Seri Daik ini. 

Drama ini juga telah membawa barisan pelakon terkenal dan berbakat tanah air, antaranya Khir Rahman, Siti Saleha, Jasmine Suraya dan Aqasha. Pasti drama terbaru Hilang ini akan mengemparkan screen anda! 

Penonton boleh menyaksikan drama Hilang ini di aplikasi Viu. sebagai alternatif, pelanggan Astro juga boleh menonton siri ini Di Astro Ria setiap khamis dan jumaat, jam 7 malam.