Trending di Netflix, Drama Ini Berjaya Cetus Kesedaran Tentang Autisme

Drama dari Korea Selatan yang kini menjadi trending di Netflix ini nampaknya telah berjaya mencetuskan kesedaran ramai terhadap penghidap autisme.

trending di netflix, drama ini berjaya cetus kesedaran tentang autisme

Drama berjudul Extraordinary Attorney Woo telah mempamerkan kehebatan dan kebijaksanaan peguam, Woo Young-woo dalam menyelesaikan kes mahkamah, meskipun beliau menghidap gangguan spektrum autisme.

.

Young-woo amat meminati bidang perundangan sejak dari kecil dan telah berjaya bergelar peguam di sebuah firma guaman terkemuka, Hanbada.

trending di netflix, drama ini berjaya cetus kesedaran tentang autisme

Terdapat banyak perkara menarik sepanjang beliau diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan beberapa kes mahkamah meskipun beliau seorang autistik.

.

Dibintangi pelakon Park Eun-bin, Kang Tae-oh dan Kang Ki-young, drama bersiri itu nyata telah mencipta fenomenanya apabila mendapat tontonan tinggi menerusi platform Netflix kerana berjaya mengetengahkan isu berkaitan kehidupan penghidap autisme dengan cemerlang.

trending di netflix, drama ini berjaya cetus kesedaran tentang autisme

Drama lain yang turut mengetengahkan isu gangguan spektrum autisme adalah The Good Doctor, yang kini memasuki musim keenam tayangannya.

.

Sumber: [1]