Karya Asal Datuk Habsah Hassan Tahun 1977, SYOK dan DBP Tampil Drama Audio ‘Malam Pengantin’

Ekslusif di SYOK Podcast, anda boleh menikmati siri drama audio baharu berjudul ‘Malam Pengantin’ tidak lama lagi menerusi aplikasi SYOK!

karya asal datuk habsah hassan tahun 1977, syok dan dbp tampil drama audio ‘malam pengantin’

Siri audio drama dengan kolaborasi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘Malam Pengantin’ berkisarkan pengorbanan cinta seorang isteri dalam menempuh dugaan berkeluarga. Apa yang menarik adalah, konsep persembahan dan jalan cerita siri drama audio ini adalah berdasarkan buku yang diterbitkan pada tahun 1977 berjudul ‘Pulang Gadisku Pulang’, karya penulis buku dan lirik tersohor tanah air, Datuk Hajah Habsah Hassan.

karya asal datuk habsah hassan tahun 1977, syok dan dbp tampil drama audio ‘malam pengantin’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio dan Rocketfuel Entertaiment, Kenny Ong berkata siri drama audio ‘Malam Pengantin’ ini diharap dapat memberi peluang kepada pengkarya tempatan untuk terus ‘hidup’ di medium digital dan elektronik, selain halaman buku, serta peluang untuk artis-artis tempatan memperkembangkan bakat mereka di platform SYOK.

karya asal datuk habsah hassan tahun 1977, syok dan dbp tampil drama audio ‘malam pengantin’

“Kami teruja mempersembahkan siri drama audio Malam Pengantin yang akan menyertai koleksi drama audio dan podcast kami di SYOK. Tambahan kepada siri drama audio ini, aplikasi SYOK turut memaparkan seleksi hiburan audio tempatan yang pelbagai untuk pilihan ramai.

“Melalui kerjasama kami dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi, kami turut memberi peluang kepada pengkarya tempatan untuk terus hidup di medium digital dan elektronik, selain halaman buku, serta peluang untuk artis-artis tempatan memperkembangkan bakat mereka di platform SYOK.

“Kami berharap semua dapat menikmati siri drama audio baharu ini dan terus menyokong pembangunan landskap audio tempatan,” ujar beliau.

 

Siri drama audio Malam Pengantin terdiri daripada lima episod yang disuarakan oleh bakat-bakat tempatan termasuk Hafreez Adam, Syainie Shuhaimi, Alyssa Azmi, Rosie Haslinda dan Syazwan Shuhaimi.

karya asal datuk habsah hassan tahun 1977, syok dan dbp tampil drama audio ‘malam pengantin’

Skrip drama audio ini pula ditulis oleh Datuk Hajah Habsah Hassan, dengan nasihat bahasa serta penceritaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 

Malam Pengantin juga adalah drama audio tempatan pertama yang dilengkapi runut bunyi asal bertajuk ‘Cinta Tak Mengerti’, nyanyian Syazwan Shuhaimi, pelantun baharu industri muzik tempatan di bawah label Rocketfuel Entertainment.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK Podcast (@syok.podcast)

 

Peminat boleh menyelami kisah Faridah (Syainie) dan Bahrin (Hafreez), merupakan pasangan bercinta yang ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga bersama. Namun pasangan ini dilanda dugaan apabila keduanya terlibat dalam kemalangan, di hari pertama percutian bulan madu. Natijah daripada kemalangan itu, Faridah perlu menerima takdir apabila kehilangan anggota kaki dan merasakan dirinya beban kepada Bahrin. Demi mencari kebahagiaan buat sang suami, Faridah mendesak Bahrin untuk mengahwini rakan karibnya Rokiah (Alyssa) agar kebahagiaan Bahrin dapat dikecapi sungguhpun Faridah perlu mengorbankan perasaan dan cintanya.

 

Peminat boleh mula strim siri SYOK Podcast Malam Pengantin pada 29 Mac, jam 10 pagi. Episod-episod baharu Malam Pengantin pula akan disediakan setiap Rabu, jam 10 pagi pada minggu seterusnya menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Untuk maklumat lanjut, lawati syok.my atau platform media sosial SYOK.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)