Drama Audio Kisah Jenayah Seram Pertama AXN Asia, Pendengar Boleh Pilih Ending!

Khas buat peminat dunia seram dan misteri dipenuhi kisah jenayah yang sungguh mendebarkan, AXN saluran hiburan am Bahasa Inggeris yang terkemuka di Asia , kini membawakan hiburan unik dalam bentuk siri audio siar pertama memaparkan kisah jenayah seram dengan dua pengakhiran yang akan dilancarkan hujung minggu ini pada 20 Jun.

 

Menerusi Fey Hollow: The Fairy Tale Murders, ia menceritakan kisah dua orang detektif yang berusaha menjejak seorang pembunuh bersiri, yang menggunakan ritual ngeri diilhamkan daripada cerita dongeng untuk membunuh mangsanya.

drama audio kisah jenayah seram pertama axn asia, pendengar boleh pilih ending!

Drama audio lapan episod ini diterbitkan oleh KC Global Media (KCGM) Asia, membawakan dua pengakhiran unik yang membolehkan pendengar memilih sama ada misteri Fey Hollow: The Fairy Tale Murders akan mendapat pengakhiran yang baik di penghujung cerita.

 

Menurut George Chien, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KCGM Asia, berkata, “Industri hiburan selama ini dikuasai oleh kemajuan dalam hiburan visual dan kini satu perubahan sedang berlaku di mana kita memasuki zaman keemasan audio, dengan format audio siar kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan penggemar hiburan.”

“Kami teruja untuk melancarkan Fey Hollow: The Fairy Tale Murders — yang pertama dalam pelbagai siri audio siar daripada KCGM Asia. Sebagai perintis yang memanfaatkan kuasa audio dan pengalaman berpandukan ceritera, kami berani mengorak langkah ke hadapan untuk merintis dan menetapkan piawaian hiburan baharu di Asia, dan menjangkaui sempadan rantau ini.”

 

Naib Presiden dan Ketua Perkhidmatan Penerbitan dan Kreatif KCGM Asia, Derek Wong berkata, “Sebagai kisah jenayah penuh aksi dengan sedikit sentuhan cerita dongeng, Fey Hollow: The Fairy Tale Murders membawakan kaedah ceritera mengasyikkan yang serba baharu. Dengan dua pengakhiran berbeza, pendengar menghayati dua penceritaan unik di mana mereka boleh memilih bagaimana kisah ini berakhir — menjadikan mereka pencipta dan pendengar pada masa yang sama.”

“Siri ini memberi peluang kepada penonton untuk menggunakan daya imaginasi mereka sambil mengikuti kisah detektif sungguh menarik ini yang dipenuhi dengan pelbagai liku untuk menyingkap rahsia di sebalik konspirasi jahat terancang.”

 

Fey Hollow: The Fairy Tale Murders boleh diikuti oleh pendengar dari seluruh dunia menerusi aplikasi SYOK dan juga beberapa saluran podcast utama lain mulai Ahad ini, 20 Jun 2021.

Anda boleh dengarkan disini --> Fey Hollow: The Fairy Tale Murders

ARTIKEL BERKAITAN