Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah berkongsi maklumat yang sangat penting buat kita semua berkenaan COVID-19.
Biarpun jumlah kes positif terus berada di bawah 20 kes sehari, namun harus diingatkan bahawa kita masih belum memutuskan rantaian virus tersebut. Oleh itu, Dr Noor Hisham telah berkongsi indeks risiko COVID-19.
Terdapat empat tahap dalam indeks risiko COVID-19. Berikut tahap-tahap yang dikongsikan melalui poster tersebut:
1. Rendah
- Berada di rumah
- Berjalan luar rumah
- Bungkus makanan
- Berlari atau berbasikal
2. Rendah/ Sederhana
- Bermain permainan yang berjarak di luar rumah- contoh: badminton
- Membeli barangan dapur
- Membeli belah
3. Sederhana
- Melawat hospital atau unit kecemasan
- Lawatan dari pegawai perubatan
- Appointment dengan doktor gigi
- Menggunakan perkhidmatan teksi dan sewaktu dengannya
- Melawat muzium
- Makan di restoran
4. Sederhana/ Tinggi
- Pergi ke gym
- Salon dan kedai gunting rambut
- Bekerja di pejabat
- Makan di restoran yang tertutup
Konklusinya, kalau korang rasa tak nak berisiko dengan COVID-19 terus berada di dalam rumah dan keluar apabila perlu sahaja.
Sumber: Twitter @DGHisham