Ramai pelajar yang merungut susah untuk belajar secara online apabila mereka berada di rumah. Ye lah, bila dah ada dekat rumah ni mesti lah ada macam-macam gangguan kan? Sebab tu lah susah untuk fokus sepanjang pembelajaran.
Tapi, Dr Amalina yang pernah menjadi pelajar cemerlang SPM dengan 17A dan kini menjadi salah seorang doktor yang hebat di United Kingdom ada berkongsi serba sedikit tips macam mana nak stay fokus dan elakkan gangguan sepanjang online learning ni.
Beliau memberikan tips tersebut melaluk akau instagramnya. Berikut adalah 5 tips daripada Dr Amalina cara untuk fokus dan elak gangguan walaupun belajar secara online.
1. Tutup semua media sosial dan telefon. Tetapkan had masa skrin pada telefon atau tablet.
2. Tetapkan sasaran harian dan sasaran jangka masa panjang. Rancang jadua dan tetapkan deadline.
3. Reward diri sendiri dan berehatlah selepas korang dah berjaya mencapai sasaran.
4. Belajar dalam kumpulan untuk lebih bermotivasi.
5. Bagitahu kawan korang tentang sasaran korang tu jadi mereka boleh ingatkan korang supaya tak berlengah-lengah lagi.
Bersama tips itu, Dr Amalina berkongsikan gambarnya ketika gradusi Master di University of Cambridge pada tahun 2015.
Whoaaa! Terima kasih Dr Amalina atas perkongsian menarik ini.
Sumber: Instagram Dr Amalina