Doktor Kongsi Bahan Bantu Anak Tidur Lena, ‘‘Semua Rumah Kena Ada Ni..’’

Masalah anak-anak untuk tidur atau tidur dengan lena pada setiap malam merupakan satu perkara yang membimbangkan ramai ibu dan bapa.

 

Ini adalah kerana tidur merupakan satu aktiviti penting bagi kanak-kanak membesar pada tahap optimum. Ia penting bagi membentuk mood positif anak-anak dan juga tumbesaran otak mereka.

 

Bagi mengatasi masalah tidur tidak lena, Dr Mazliana Mazlan dalam satu perkongsiannya menyebut terdapat satu bahan yang boleh membantu anak untuk tidur lena. Bahan itu dikenali sebagai Epsom Salt.

doktor kongsi bahan bantu anak tidur lena, ‘‘semua rumah kena ada ni..’’

Dakwanya, cara ini sudah pun dipraktikkan oleh beliau untuk anak-anaknya dan ternyata nampak keberkesanan.

.

“Semua rumah kena ada Epsom Salt tau. Saya suka betul rendam anak dalam air Epsom Salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.

“Sehari sekali. Ambil satu cawan Epsom Salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah,” katanya.

.

Epsom Salt yang biasanya terjual di farmasi atau secara atas talian kelihatannya seperti garam kasar, namun ia bukanlah untuk dimakan atau diminum. Ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai Magnesium, bertujuan untuk mengendurkan otot serta menenangkan sistem saraf.

“Apabila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.

“Dalam Epsom Salt ada Magnesium. Magnesium bantu untuk mengendurkan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.

“Letak air suam dan Epsom Salt dalam baldi.

“Magnesium antara supplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.

“Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan Magnesium. Kalau tak cukup Magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.

“Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan Magnesium dalam badan mereka.

“Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan,” ujarnya.

.

Berikut pula adalah kepentingan Magnesium Sulphate untuk anak-anak;

  1. Tidur anak yang baik
  2. Perbaiki mood anak
  3. Lebih fokus
  4. Kuatkan tulang dan gigi
  5. Berikan tenaga secukupnya untuk anak
  6. Sihatkan otot dan saraf
  7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
  8. Tingkatkan imuniti badan anak

.

“Selepas anak main waktu petang, ajak rendam dalam bath tub. Kalau tiada, guna baldi macam saya pun boleh.

Malam mesti anak tak meragam sangat, laju sahaja nak masuk tidur.

Epsom Salt ini untuk 1.2 kg, harga tidak sampai RM20. Boleh cari di farmasi berdekatan atau beli secara dalam talian,”

.

Selain untuk anak-anak, orang dewasa juga boleh merendamkan kaki dalam air Epsom Salt ini untuk tujuan sama.

doktor kongsi bahan bantu anak tidur lena, ‘‘semua rumah kena ada ni..’’

Perkongsian Dr Mazliana di Facebook ini telah mendapat lebih 1.8 ribu share dan 790 komen dengan lebih 1.6 ribu tanda suka.

.

Sumber: [1], [2]