Ibu dan ayah adalah satu anugerah Allah swt paling bermakna. Tanpa mereka berdua, tak mungkinlah kita dapat melihat keindahan dunia. Selagi mereka masih bernyawa, hargailah mereka seadanya. Bahagiakanlah mereka selagi ada daya.
Doa ibu bapa buat anak-anak tiada hijab. Jadi, pintalah mereka mendoakan kesejahteraan kita sebagai seorang anak.
Bagaimanapun, doa seorang anak buat ibu bapa juga amatlah mustajab. Ini antara doa yang korang boleh amalkan sebagai seorang anak.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”
Korang mesti dah familiar dan hafal doa ni kan? Jadi, seringlah beramal dengan doa ini. Sekiranya dimakbulkan oleh Sang Pencipta, maka bahagialah ibu bapa dan kita juga.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan