Dituduh Hanya Bergantung Pada Rupa, Lelaki Paling Tampan China Tekad Saman Wargamaya

Seorang pengembala lembu Tibet yang pernah dikenali sebagai lelaki paling kacak di China menyedari bahawa kemasyhuran media sosial datang dengan harga yang mahal.

dituduh hanya bergantung pada rupa, lelaki paling tampan china tekad saman wargamaya

Baru-baru ini, peguam kepada lelaki bernama Dingzhen Zhenzhu itu mengeluarkan surat melalui ejennya yang memberi amaran kepada orang supaya berhenti membuat komen berunsur fitnah mengenainya, terutamanya yang mengandungi kata-kata menghina, menakutkan atau kesat.

Wakil Dingzhen berkata dalam surat itu bahawa lelaki itu telah menjadi sasaran komen kesat dan merendahkan di media sosial yang memberi impak serius kepadanya.

Dingzhen mula tular di media sosial China pada November 2020 selepas klip pendek dia tersenyum menawan hati pengguna internet China.

Klip Dingzhen, ketika itu berusia 20 tahun, tersebar secara meluas di TikTok China, Douyin sehingga menyebabkan ramai wargamaya dari negara tersebut menggelarnya lelaki paling kacak di China, menurut SCMP.

Klip itu berasal daripada filem pendek Dingzhen di Tibet, yang mana dia berjalan di atas dataran sambil bercakap tentang kehidupan hariannya di padang rumput.

Klip itu menjadi tular sehingga jurucakap kerajaan China, Hua Chunying turut memuat naik semula ia di laman Twitternya.

Disebabkan klip tersebut juga, Dingzhen berjaya mendapatkan pekerjaan di daerahnya Litang di wilayah Sichuan barat daya sebagai duta pelancongan, malah dihantar sebagai salah seorang wakil ke acara Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hari Bumi Sedunia pada 2021.

Bagaimanapun, sementara pengguna media sosial China menyanjungnya, Dingzhen turut menghadapi kritikan berterusan di media sosial sehingga ada yang mengejek kejayaan yang dicapainya walaupun tidak berpendidikan tinggi.


Sumber: [1]