Seorang wanita terpaksa membesarkan sepuluh orang anaknya sendirian selepas suaminya mengambil keputusan untuk meninggalkannya.
Kejadian berlaku di Uganda selepas wanita itu melahirkan anak kembar kelima, iaitu anak kesembilan dan kesepuluh yang dianggap bekas suaminya itu sebagai tidak normal.
Nalongo Gloria kini terpaksa membesarkan kesemua 10 orang anaknya selepas suaminya itu, Ssalongo bertindak keluar dari rumah dan meninggalkan wanita itu bersama kesemua anaknya.
“Suami saya cakap ini terlalu berat untuknya ketika mengetahui saya hamil anak kembar.
“Saya tidak pernah menyesal melahirkan semua anak ini. Saya tahu bapa mereka tidak menyukai mereka, dan saya tidak boleh meninggalkan anak-anak bersama bapa mereka,” luah wanita itu kepada media tempatan.
Meskipun berdepan dengan cabaran, wanita itu percaya dengan Tuhan yang akan memberikan rezeki kepadanya untuk membesarkan 10 orang anaknya itu.
Pun begitu, beliau kini runsing memikirkan tempat tinggal bagi kesemua anak-anaknya selepas tidak lagi mampu membayar tunggakan sewa.
Sumber: [1]