Ditayangkan Kembali Di China, Avatar Dijangka Bakal Pecah Rekod Avengers: Endgame

Filem pecah panggung James Cameron, Avatar dilaporkan bakal membuat kemunculan kembali di China bermula minggu ini.

ditayangkan kembali di china, avatar dijangka bakal pecah rekod avengers: endgame

Filem terlaris sepanjang masa di dunia itu dijadualkan tayangan semula pada Jumaat, 12 Mac.

Sejak pengumuman tersebut dibuat, ramai yang menjangkakan tayangan semula Avatar di China bakal memecah rekod Avengers: Endgame yang mendahului pada 2019 dari segi kutipan tiket hanya dengan perbezaan kecil sebanyak $ 7.8 juta.

Kutipan Avengers: Endgame dilaporkan mencecah $ 2, 797.5 juta manakala Avatar pula sebanyak $ 2,789.7 juta.

Walaubagaimanapun, kedua-dua filem tersebut merupakan milik Disney.

Jadinya, yang mana-mana pun, kejayaan yang berbalik tetap dikira membanggakan.

Ketika pelancaran Avatar di serata dunia pada 2010, filem terbabit berjaya mengutip hampir $ 203 juta dengan jumlah penuhnya kira-kira $ 204 juta selepas pengeluaran edisi khas di China.

Setakat ini, menerusi tayangan semula yang bakal menemui penduduk China, filem Avatar yang kebanyakannya dikeluarkan semula di rangkaian IMAX dan dalam format 3D dikhabarkan telah mengutip hasil penjualan awal dengan lebih daripada $ 5.5 juta.

Pada 2020, China mengambil inisiatif dengan mengeluarkan semula filem-filem blockbuster seperti Interstellar dan Inception demi meneruskan kelangsungan industri filem negara tersebut yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Turut ditayangkan pada ketika itu ialah filem pertama Harry Potter berjudul Harry Potter And The Sorcerer’s Stone yang berjaya menyambung kutipan tiket hingga mencecah lebih daripada $ 1 bilion secara keseluruhan.

 

Sumber: Deadline