Disebabkan satu kes COVID-19 dicatatkan, Disneyland Shanghai yang terletak di Beijing, China telah ditutup semalam.
Langkah penutupan itu dibuat ketika pihak berkuasa China meneruskan strategi sifar jangkitan COVID-19 menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Sejak beberapa minggu ini, terdapat peningkatan kes COVID-19 di China selepas negara itu dilihat berjaya mengurangkan sebahagian besar kes penularan tempatan.
Berdasarkan laporan media tempatan, Disneyland Shanghai ditutup selepas seorang wanita yang mengunjungi taman tema itu disahkan positif COVID-19 setelah pulang ke rumahnya di wilayah berdekatan.
Disneyland Shanghai dilaporkan akan ditutup sekurang-kurangnya selama dua hari bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik. Bagaimanapun, tarikh pembukaan semula taman tema masih belum ditentukan.
Ekoran penutupan itu, pengunjung mula dilarang untuk memasuki Disneyland Shanghai bermula petang kelmarin dengan semua pengunjung diwajibkan melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum meninggalkan taman tema itu.
Sumber: [1]