Anda Kini Boleh Saksikan Disney+ Hotstar di Kaca TV Menerusi Astro Ultra Box!

Berita baik buat semua pelanggan Astro khasnya pengguna Ultra Box kerana anda kini boleh menyaksikan Disney+ Hostar secara terus menerusi kaca TV anda!

anda kini boleh saksikan disney+ hotstar di kaca tv menerusi astro ultra box!

Mulai 28 April 2022, para pelanggan boleh menikmati rancangan kegemaran Disney+ Hotstar termasuk Moon Knight dari Marvel Studios, drama Korea seperti Crazy Love, Soundtrack #1 dan Going to You at a Speed of 493km, serta siri baru The Kardashians dan filem pemenang Anugerah Akademi Encanto, yang memenangi Oscar untuk Filem Animasi Terbaik; dan filem daripada Pixar, Turning Red yang merupakan tayangan perdana filem nombor satu di Disney+ Hotstar di seluruh dunia setakat ini (berdasarkan bilangan jam yang ditonton dalam tiga hari pertama) di kaca TV mereka melalui Ultra Box.

.

Buat pelanggan sedia yang melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada Disney+ Hotstar dengan hanya perlu klik pada aplikasi Disney+ Hotstar di laman utama Ultra Box dan pada masa yang sama, memulakan proses log masuk pada skrin melalui tv.hotstar.com pada peranti lain. Proses yang mudah diikuti ini akan membolehkan pelanggan log masuk dengan nombor mudah alih dan kemudian memasukkan kod unik dari skrin TV mereka.

anda kini boleh saksikan disney+ hotstar di kaca tv menerusi astro ultra box!

Layari www.astro.com.my untuk pelbagai promosi menarik!