Disney+ Hotstar Berganding Dengan Bunga, Cipta "Cerita Kita Bersama"

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjenguk tidak lama lagi, Disney+ Hotstar telah bergandingan bersama penyanyi rap tempatan, Bunga menerusi rap “Cerita Kita Bersama”.

disney+ hotstar berganding dengan bunga, cipta cerita kita bersama

 Mengambil ilham daripada kenangan beliau sendiri, rap itu menggambarkan semangat Ramadhan dan sambutan Aidilfitri rakyat Malaysia yang merentasi semua lapisan masyarakat yang tidak sahaja menonjolkan pelbagai emosi dan kepentingan hubungan kekeluargaan, namun juga mengajak semua pendengar untuk merenung semula pengalaman mereka sendiri.

“Sewaktu membesar, Disney sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya, kerana rancangannya memberi saya sinar harapan ketika masa susah. Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama mengingati asal usul saya dan menyatukannya dengan masa hadapan saya.

“Jadi, rap saya memaparkan gambaran yang realistik dan berwarna-warni tentang Ramadhan yang mulia dan sambutan Raya. Semoga ia dapat menyentuh hati dan menyatukan semua rakyat Malaysia,” kongsi Bunga.

Tonton persembahan rap Bunga menerusi video khas yang penuh dengan semangat Aidilfitri di sini.

ARTIKEL BERKAITAN