Diskaun Saman PDRM Sehingga 50 Peratus, Kecuali 10 Kesalahan Ini

Orang ramai boleh mendapatkan pengurangan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus hujung minggu ini.

diskaun saman pdrm sehingga 50 peratus, kecuali 10 kesalahan ini

Sempena dengan Karnival dan Kayuhan Merdeka Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tapak karnival Stadium Shah Alam pada Sabtu (26 Ogos), pengurangan itu akan mula diberi dari jam 7 pagi hingga 7 petang di kaunter yang disediakan.

 

Bagaimanapun, pengurangan saman itu tidak melibatkan 10 kesalahan seperti kemalangan, saman Ops Selamat, berstatus perbicaraan mahkamah, kenderaan berat, potong secara berbahaya, guna lorong kecemasan, tidak patuh lampu isyarat, potong garisan berkembar dan ubahsuai ekzos.

diskaun saman pdrm sehingga 50 peratus, kecuali 10 kesalahan ini

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, yang turut menyasarkan 2,500 penyertaan kayuhan Merdeka Ride menerusi dua kategori iaitu terbuka dan kayuhan VIP dengan bayaran RM70.

 

Sumber: Kosmo!