Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila diminta untuk diam ketika beliau sedang bersalin.
Yasmyn Switzer, 20, ibu kepada tiga cahaya mata terkejut apabila diminta oleh doktor untuk diam sedangkan dia sedang menahan sakit akibat kontraksi.
.
Beliau berasakan itu sebagai satu bentuk persendaan dan menganggap doktor itu sebagai tidak bertimbang rasa.
.
Yasmyn yang berkongsikan pengalaman itu menerusi Tiktok berkata, ketika melahirkan anak ketiga ini beliau akui agak ‘bising’ kerana menahan kesakitan.
.
Namun doktor yang bersamanya ketika itu meminta untuk beliau diam dan memperlahankan suara.
.
"Saya seorang suka yang tenang ketika berada di dalam dewan bersalin dan tidak sesekali meninggikan suara atau berkonfrontasi dengan doktor.
"Doktor datang sebaik air ketuban pecah, dan saya tidak menjerit ketika meneran sebaliknya hanya mengerang.
"Namun, doktor meminta saya untuk diam," katanya.
Menurutnya lagi, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan doktor itu jugalah yang memantau kandungan dan kesihatannya sejak dari awal.
.
Meskipun selamat melahirkan seorang bayi perempuan namun kemarahannya terhadap insiden itu masih tetap diingati hingga kini.
.
Sumber: [1]