Larangan Terbangkan Dron Tanpa Izin Di Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2023

Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit mulai 26 Ogos hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2023.

larangan terbangkan dron tanpa izin di putrajaya sempena hari kebangsaan 2023

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), badan itu sudah mengeluarkan nasihat berhubung perubahan sementara kawalan ruang udara dan pengurusan trafik udara dalam dan ruang udara sekitar Kuala Lumpur.

 

Perkara itu adalah perlu bagi memberi laluan kepada latihan dan persembahan udara yang akan diadakan pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Putrajaya.

 

Ruang udara Putrajaya akan ditutup dari 11 pagi hingga 12 tengah hari dari 26 hingga 28 Ogos untuk latihan udara, dan masing-masing dari 9.45 pagi hingga 10.45 pagi pada 29 dan 31 Ogos untuk raptai penuh dan perarakan sambutan hari sebenar.

 

Dalam pada itu, CAAM turut melarang sebarang aktiviti menerbangkan dron tanpa kelulusan khususnya dikawasan tumpuan ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 bermula 21 hingga 31 Ogos.

larangan terbangkan dron tanpa izin di putrajaya sempena hari kebangsaan 2023

Ia bertujuan bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut.

 

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs),” tulis CAAM menerusi satu kenyataan.

 

Sumber: CAAM / BH