Dikhabarkan Bercinta Dengan Wanita Dari Keluarga Berada, Ini Jawapan V BTS

Anggota kumpulan masyhur K-Pop, iaitu V BTS baru-baru ini terpalit dengan khabar angin yang mengatakan dia bercinta dengan seorang wanita yang berasal dari keluarga berada.

dikhabarkan bercinta dengan wanita dari keluarga berada, ini jawapan v bts

Gadis yang dimaksudkan itu dikatakan anak perempuan Pengerusi Paradise Group, Philip Chun dan Ketua Yayasan Kebudayaan Paradise, Choi Yoon Jung.

Desas-desus mengenai V menjalin hubungan bersama gadis itu tersebar di serata media sosial selepas dia dilihat hadir ke sebuah pameran bersama Choi Yoon Jung dan gadis itu.

Selain itu, warganet turut perasan yang V sering memakai gelang keluaran jenama yang dilancarkan Philip Chun.

Bagaimanapun, agensi HYBE menafikan khabar angin tersebut menerusi satu kenyataan.

“Keluarga Pengerusi Choi Yoon Jung dan V hanyalah kenalan,” jelas HYBE.

 

Sumber: [1]