Dijual Dengan Harga RM26,000, iPhone 12 Pro Ini Ada Cebisan Baju Steve Jobs

iphone 12 pro ada cebisan baju steve jobs dijual dengan harga rm26,000

Steve Jobs merupakan salah seorang genius dalam bidang teknologi. Beliau sangat dikagumi oleh semua orang dan dihormati kerana kepintarannya dalam membangunkan jenama Apple.

Jadi, tak hairanlah sekiranya ada mereka yang sangat taksub dengan Steve Jobs. Baru-baru ini, sebuah syarikat dari Rusia, Caviar telah menghasilkan sesuatu yang di luar fikiran. Mereka telah menghasilkan sebuah iPhone 12 Pro bersama cebisan baju Steve Jobs.

Model tersebut dinamakan iPhone 12 Pro Jobs 4. Satu lagi keunikan model ini ialah rekaannya. Menurut syarikat itu, rekaan model ini juga merupakan tribute kepada iPhone 4. Jadi, sebab tu lah kalau korang perasan model ni nampak macam iPhone 4.

Kalau korang tertanya-tanya dekat mana terletaknya cebisan baju Steve Jobs tu, ia diletakkan pada tengah-tengah logo Apple pada bahagian belakang. Faktor lain yang membuatkan nilai model ini terus meningkat  adalah logo Apple-nya diperbuat daripada 925 silver.

Jadi, korang bukan sahaja beli iPhone yang mempunyai nilai estetika tetapi juga barang perhiasan yang bernilai. Tak terkejut lah sekiranya iPhone 12 Pro Jobs 4 ini dijual dengan harga $6,500 atau lebih kurang RM26,000.

So, kepada peminat Steve Jobs, korang nak beli tak?

Sumber: iMore