Sesiapa Yang Pakar Dijemput Selesai Teka-Teki Teori Misteri Hawking Ini

Jika anda seorang yang mahir dalam menyelesaikan teka-teki berkaitan teori khasnya dalam bidang fizik, anda dijemput untuk ke Muzium Sains, London.

 

Ia adalah selepas sebuah teori yang ditulis oleh Stephen Hawking dipamerkan kepada umum buat pertama kali di pusat pameran berkenaan.

sesiapa yang pakar dijemput selesai teka-teki teori misteri hawking ini

Teori yang ditulis pada papam hitam yang masih terjaga hingga kini dikatakan mengandungi teori aneh yang ditulis beliau pada tahun 1980. Sehingga kini, masih belum ada mana-mana saintis mahupun pakar yang berjaya menyelesaikan teori tersebut.

 

Menurut laporan, contengan teori itu dibuat Hawking semasa menyertai persidangan mengenai superspace dan supergraviti di Universiti Cambridge di England. Semasa beliau cuba menghasilkan theory of everything, Hawing telah menggunakan papan terebut dengan beberapa persamaan teori lain.

sesiapa yang pakar dijemput selesai teka-teki teori misteri hawking ini

Masih menjadi misteri sehingga kini, pihak muzium mengalu-alukan sesiapa dari seluruh dunia untuk hadir ke muzium dengan harapan dapat menguraikan teka-teki disebalik coretan tulisan tangan Hawking ini.

sesiapa yang pakar dijemput selesai teka-teki teori misteri hawking ini

Selain papan hitam ini, puluhan artifak lain milik Hawking termasuklah salinan tesis Ph.D tentang pengembaraan alam semesta, kerusi roda dan jaket peribadinya akan dipamerkan di muzium itu.

 

Hawking, dilahirkan di England pada 8 Jan 1942, menghidap penyakit neuron motor ketika sedang belajar kosmologi di Unversiti Cambridge pada 1963. Kekurangan yang dialami beliau tidak menghalangnya untuk terus berjaya dengan mencipta pelbagai karya seperti lubang hitam, teori Big Bang dan juga relativiti am. Beliau telah meninggal dunia ketika usianya 76 tahun pada Mac 2018.

 

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN