Digelar 'Rumah Halimunan’, Kediaman Di London Ini Dilitupi Sepenuhnya Dengan Cermin!

Sebuah rumah unik di kejiranan Richmond di London disebut sebagai “rumah yang tidak kelihatan” kerana dinding cermin gergasi yang melitupinya, menjadikan ia sangat sukar untuk diperhatikan dari luar.

digelar 'rumah halimunan’, kediaman di london ini dilitupi sepenuhnya dengan cermin!

Terletak di jalan A316 yang sibuk di tepi bulatan Richmond Circus, berhampiran stesen Richmond Underground, rumah milik sebuah keluarga ini bukanlah pemasangan seni mewah namun rumah sebenar.

Direka semula oleh arkitek dan artis Alex Haw pada 2015, rumah itu telah didiami sejak tahun 2019.

Walaupun orang yang lalu lalang tidak dapat melihat bahagian dalamnya, pemilik rumah itu bagaimanapun dapat melihat keadaan luar dengan baik dan kadangkala mereka juga melihat orang sedang membetulkan rambut atau pakaian mereka di dinding dan tingkap bercermin.

“Pereka kami, Alex Haw, menghasilkan idea cermin itu,” kata pemilik rumah itu.

“Anda boleh melihat pokok-pokok di bulatan dan awan memantul ke dalam rumah. Kami sangat menyukai idea itu dan meneruskannya.”

 

Sumber: [1]