Tahu tak komen body shaming atau mengejek fizikal seseorang di media sosial adalah satu jenayah?
Mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Akta ini dilihat sebagai satu tindakan menyelamatkan mangsa-mangsa body shaming dari terus mengalami gangguan emosi daripada pembuli siber.
Perbuatan berbaur body shaming ini boleh mengundang stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan berisiko untuk membunuh diri.
Mangsa boleh membuat laporan polis atau kepada SKMM untuk tindakan selanjutnya.
Sentiasalah peka dan sensitif dengan perasaan orang sekeliling kita. Budaya body shaming ini perlu dihentikan!