Dibayar Lebih RM5 Ribu Untuk Tonton 13 Filem Seram, Sanggup?

Adakah anda sanggup untuk menonton 13 filem seram sepanjang Oktober dan menerima bayaran lebih RM5 ribu untuknya?

dibayar lebih rm5 ribu untuk tonton 13 filem seram, sanggup?

Jika ya, anda mungkin individu yang sedang dicari sebuah syarikat kewangan, FinanceBuzz.

 

Syarikat kewangan itu sedang mencari individu yang layak mengisi kekosongan jawatan Horror Movie Heart Rate Analyst, dengan bayaran AS$1,300 (kira-kira RM5,410) untuk menonton 13 buah filem seram sepanjang bulan Oktober, sebagai usaha mengetahui sama ada bajet filem mempengaruhi hasilnya atau tidak.

dibayar lebih rm5 ribu untuk tonton 13 filem seram, sanggup?

Individu yang terpilih akan menonton filem-filem yang menakutkan yang pernah dihasilkan sambil memantau degupan jantung menggunakan Fitbit.

 

"Kami ingin mengetahui sama ada filem seram dengan kos tinggi mampu memberikan rasa takut dengan lebih berkesan berbanding filem dengan kos rendah," kata kenyataan itu.

 

Antara filem yang terpilih adalah Saw, Amityville Horror, A Quiet Place, A Quiet Place Part 2, Candyman, Insidious, The Blair Witch Project, Sinister, Get Out, The Purge, Halloween, Paranormal Activity dan Annabelle. Fitbit dan gift card $50 juga diberikan secara percuma pada individu terpilih itu nanti.

 

Antara syarat yang dinyatakan adalah mestilah menetap di Amerika Syarikat, berumur 18 tahun ke atas dan harus memberitahu syarikat mengapa mereka layak untuk menyandang jawatan itu.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN