Pasti ada antara anda di sini yang pernah tonton filem Hollywood, Crazy Rich Asians yang menggandingkan bakat Malaysia, Henry Goulding dan pelakon wanita dari Amerika Syarikat, Constance Wu sebagai teraju utama!
Namun kali ini, Syok ingin berkongsi mengenai seorang wanita dari negara jiran yang diberi gelaran ‘Crazy Rich’ gara-gara kekayaannya yang dikatakan tiada tandingan!
Di Indonesia, terdapat seorang wanita bergelar penyampai acara dan model yang bernama Ovi Dian dikatakan mempunyai kekayaan begitu besar hingga diberi julukan sebagai ‘Crazy Rich Indonesia’.
Lebih menangkap perhatian, Ovi yang hanya berusia 29 tahun itu dikatakan mengatasi kekayaan selebriti ternama dari negara terbabit, iaitu Raffi Ahmad yang memegang gelaran ‘Sultan Andara’.
Sekadar perkongsian, Raffi Ahmad merupakan antara yang terkaya di Indonesia yang mana kekayaannya dikatakan mencapai 32 bilion Rupiah Indonesia, bersamaan dengan kira-kira 9 juta ringgit Malaysia.
Jadi, bayangkan pula kekayaan Ovi yang disebut sebagai lebih besar berbanding dengan Raffi!
Tidak ketinggalan, dikatakan bahawa di kawasan belakang kediaman milik Ovi, terdapatnya halaman yang menempatkan padang golf dan masjid berserta garaj yang menyimpan sejumlah motosikal mewah milik wanita itu.
Menurut Ovi sendiri, gara-gara dia kerap keluar kerana ingin bermain golf yang telah menjadi sebati dengan dirinya sejak kecil, ibunya kemudian menyuruh dia untuk membina sahaja padang bermain golf di belakang kediaman mereka itu.
Selain itu, menurut ibu kepada Ovi sendiri iaitu Veni Budiarsih, bangunan masjid di belakang rumah mereka itu diilhamkan oleh Masjid Nabawi di Madinah.
Veni pernah berkata, “Masjid tersebut adalah untuk mengingatkan kita untuk beribadah, kerana kita juga berusaha untuk beribadah. Pekerjaannya adalah untuk beribadah sehingga kita mempunyai wang dan melakukan sesuatu untuk orang lain, kerana hidup kita adalah bagaimana kita dapat memberi manfaat kepada orang lain.”
Sumber: [1]