‘Hero Perang’ COVID-19, DG Hisham Akan Bersara Wajib 21 April Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal bersara wajib pada 21 April selepas 35 tahun berkhidmat kepada bidang kesihatan negara.

‘hero perang’ covid-19, dg hisham akan bersara wajib 21 april ini

Ia selepas beberapa individu dan pihak termasuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memuatnaik hantaran mengenai persaraan beliau sejak beberapa hari lalu.

 

Nama DG Hisham cukup sinonim ketika negara berdepan detik mencabar ketika penularan wabak COVID-19, hinggakan beliau digelar sebagai ‘hero perang’ COVID-19. Malah, beliau juga dianggap sebagai ‘wajah yang memberi keyakinan’ oleh rakyat negara ini dalam memberi info terkini mengenai wabak berkenaan berdasarkan fakta dan statistik.

‘hero perang’ covid-19, dg hisham akan bersara wajib 21 april ini

Malah, media di China juga pernah menamakan DG Hisham sebagai doktor terbaik dunia berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.

 

Memetik laporan sebuah portal dan media tempatan, Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas dia berundur pada 21 April ini, iaitu hari dirinya mencecah usia 60 tahun, iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan awam.

 

"Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa," katanya.

 

Ditanya sama ada beliau akan menikmati tempoh persaraannya itu memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bekerja keras, Dr Noor Hisham menjawab: "Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian."

Sumber: Astro AWANI