Dengar Je Suara Idola, Gadis Ni Terbangun Daripada Koma

dengar je suara idola, gadis ni terbangun daripada koma

Betul lah, suara pun ada aura tau. Kadang-kadang suara ni boleh membuatkan orang tersedar daripada penyakit.

Tak percaya?

Seorang gadis berusia 19 tahun, Illenia Matilli dah terlantar dan koma selama sembilan bulan dikatakan mula tersedar selepas mendengar suara idolanya, Francso Totti yang merupakan bekas bintang pasukan AS Roma.

Totti dikatakan telah menghantar pesanan suara dengan memberi kata-kata semangat kepada gadis itu. Beliau meminta agar gadis tersebut terus bertahan dan tidak putus asa. Hasilnya, gadis tersebut telah sedarkan diri secara beransur-ansur.

Selepas sedar sepenuhnya, Matilli telah memberitahu hasratnya untuk bertemu dengan idolanya.

Totti telah menunaikan hasrat gadis tersebut dan mereka meluangkan masa di hospital.

Haaa nampak tak suara ni penting sebenarnya!

Sumber: Astro Awani

 

ARTIKEL BERKAITAN