Denda Ingkar Mungkin Akan Dinaikkan Daripada RM1,000 Ke RM10,000- KKM

denda ingkar mungkin akan dinaikkan daripada rm1,000 ke rm10,000- kkm

Semenjak dua menjak ni banyak pula kes yang melibatkan orang tak nak patuh dengan perintah pihak KKM seperti pakai mask, kuarantin dan sebagainya kan?

Ketua  Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa pihak KKM telah menyerahkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula jumlah denda atau kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000

"Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula... Jadi saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan," katanya semasa dialog khas bertajuk, "COVID-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk" sempena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 semalam.

Korang rasa sayang dengan RM10,000? Jadi, patuhi lah segala perintah yang ditetapkan.

Ketahuilah bahawa segala perintah kerajaan ini bukan untuk menyeksa kita tetapi demi menyelamatkan kita semua dari bencana COVID-19!

Sumber: Astro Awani