Demi Isteri Tercinta, Lelaki Berbelanja Lebih RM1 Juta Untuk Bina Replika Taj Mahal

Demi membuktikan cinta sejatinya kepada sang isteri, seorang lelaki di India sanggup membina replika Taj Mahal yang terkenal.

demi isteri tercinta, lelaki berbelanja lebih rm1 juta untuk bina replika taj mahal

Anand Prakash Chouksey, seorang ahli perniagaan di negeri Madhya Pradesh, India tengah, membelanjakan 200 juta rupee (RM1,121,2031) untuk membina replika terbabit yang lengkap dengan tiang marmar murni.

Taj Mahal asal, yang terletak di Agra, selatan Delhi, dibina oleh maharaja abad ke-17 Shah Jahan sebagai makam untuk isteri tercintanya, Mumtaz.

Ia diangkat sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang baru dan digambarkan oleh penulis Rabindranath Tagore sebagai "titisan air mata di pipi kekekalan."

Sementara itu, Chouksey, 52, mendedikasikan replikanya adalah sekitar satu pertiga daripada saiz asal Taj Mahal dan dibina menggunakan marmar sama yang digunakan untuk membina Taj.

Berkongsi dengan BBC, Chouksey berkata bahawa bahagian dalam replika itu terdiri daripada dua bilik tidur, dengan perpustakaan dan bilik meditasi. Dia membinanya selepas melakukan beberapa perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal, dan membina bahagian dalam replika itu berdasarkan catatannya.

Replika itu, yang terletak di hartanah seluas 50 ekar milik Chouksey, juga terbuka kepada jiran dan pelancong untuk dilawat.

“Ramai orang juga telah mula melakukan penggambaran pra-perkahwinan mereka di sini. Saya tidak menghalang mereka kerana, di bandar kami, kami merupakan komuniti rapat yang mana semua orang mengenali satu sama lain. Jadi, rumah saya terbuka untuk semua,” katanya.

 

Sumber: [1]