Demam Scarlett Kini Kembali Merebak di England

Ibu dan bapa di England diberikan amaran supaya terus memantau gejala sejenis penyakit yang mudah merebak dalam kalangan kanak-kanak iaitu demam Scarlett.

demam scarlett kini kembali merebak di england

Menurut laporan, terdapat peningkatan kes demam itu akhir-akhir ini, angkara bawaan pepijat yang pernah menjadi mimpi ngeri ketika era pemerintahan Ratu Victoria dari 1837 hingga 1901.

 

Ketika ramai tidak menyangka penyakit itu kembali semula di zaman moden ini, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan demam Scarlett kini dikesan di barat laut England termasuk Wigan, Scalford dan Greater Manchester.

 

Penyakit itu mempunyai gejala seperti ruam merah, sakit tekak, lidah bengkak dan pipi merah. Kebanyakkan kes bagi wabak yang jarang berlaku itu hanya melibatkan simptom yang tidak serius.

demam scarlett kini kembali merebak di england

“Kami terus memantau kadar jangkitan di seluruh barat laut England.

“Demam Scarlet sangat mudah berjangkit tetapi biasanya tidak serius dan senang dirawat dengan menggunakan ubat antibiotik bagi  mengurangkan risiko komplikasi serius serta mencegahnya daripada  merebak kepada orang lain.

“Adalah penting untuk mengambil antibiotik, seperti yang diarahkan oleh doktor anda untuk meminimumkan risiko komplikasi,” kata Timbalan Pengarah  Agensi Keselamatan Kesihatan Britain, Dr. Merav Kliner.

 

Dalam laporan lain, sebuah sekolah di Manchester telah mengeluarkan amaran kepada ibu dan bapa bahawa kuman itu mulai merebak di dalam bilik darjah dan meminta mereka mengawai kesihatan anak masing-masing.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN