David Beckham Dedah Victoria Hanya Makan Hidangan Setiap Hari Sejak 25 Tahun Lalu

Bekas bintang bola sepak ternama, David Beckham mendedahkan pasangannya, Victoria, tidak akan menyentuh hidangan lain selain ikan bakar dan sayur kukus sejak 25 tahun lalu.

david beckham dedah victoria hanya makan hidangan setiap hari sejak 25 tahun lalu

David, 46, berkongsi bahawa ahli kumpulan Spice Girls itu hanya pernah mencuba makanan lain sekali sahaja iaitu ketika dia hamil anak perempuan mereka, Harper, 10.

“Saya sukakan makanan. Apabila saya makan sesuatu yang sedap, saya mahu semua orang mencubanya.

“Malangnya saya berkahwin dengan seseorang yang hanya makan hidangan yang sama sejak 25 tahun yang lalu. Dari hari pertama saya bertemu dengannya, dia hanya makan ikan bakar dan sayur kukus, dia sangat jarang menyimpang daripada menu itu.

“Hanya sekali dia mengambil makanan dari pinggan saya, berkongsi makanan dengan saya, iaitu semasa dia mengandungkan Harper dan ia adalah perkara yang paling menakjubkan,” dedah Beckham.

Terdahulu, Victoria, 47, pernah mengaku bahawa dia tidak memakan makanan yang dimasak menggunakan minyak, mentega atau sos serta daging merah atau tenusu.

Posh Spice itu juga memaklumkan bahawa comfort food pilihannya ialah sekeping roti bakar bijirin penuh dengan geram dan setiap kali ulang tahun kelahirannya, dia akan meraikan hari tersebut dengan kek buah-buahan.

 

Sumber: [1]