Darah Jenis O Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19

darah jenis o kurang risiko dijangkiti covid-19

Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perubatan Universiti British Columbia dan Hospital Besar Vancouver telah mendapati golongan darah jenis O kurang berisiko untuk dijangkiti COVID-19.

Bukan itu sahaja, golongan ini juga berkemungkinan tidak akan berada tahap kritikal sekiranya dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, pihak pakar tetap menyatakan penyelidikan lain yang lebih terperinci harus dilakukan sebelum membuat sebarang andaian.

Berdasarkan kajian yang dijalankan hanya 38.4 peratus daripada 7,422 individu yang dijangkiti COVID-19 adalah golongan kumpulan berdarah O. 44.4 peratus pula adalah mereka daripada golongan berdarah A.

"Saya tidak fikir perkara ini meminggirkan faktor risiko lain, seperti usia dan tahap kesihatan," kata Dr Mypinder Sekhon, doktor unit rawatan intensif di Hospital Besar Vancouver yang juga penolong profesor klinikal di Bahagian Perubatan Penjagaan Kritikal dan Jabatan Perubatan di Universiti British Columbia.

Menurutnya juga, sekiranya korang berdarah A tak perlu nak panic. Dan mereka yang berdarah O, itu bukanlah lesen untuk anda ke mana-mana sahaja sesuka hati.

Sumber: Astro Awani