Dakwaan kononnya sebanyak 27GB data daripada sistem Pangkalan Data Utama (PADU) digodam adalah tidak benar.
Perkara itu disahkan Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang menafikan penyebaran maklumat berkenaan.
DOSM yang juga dibawah Kementerian Ekonomi melalui @paduofficial_ telah menafikan dan menyatakan penyebaran maklumat itu adalah sebagai tidak benar.
Ujarnya, PADU sama sekali tidak akan berkompromi dengan data yang melibatkan rakyat di negara ini.
“Maklumat ini adalah TIDAK BENAR. Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih tersebut. Pangkalan Data Utama (PADU) tidak akan kompromi keselamatan data rakyat,” kata PADU.
Terdahulu, sebuah portal dalam talian melaporkan sistem PADU serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah digodam kumpulan dikenali sebagai R00TK1T.
Sumber: Facebook PADU