Daftar Awal Sebelum Ke Muzium

Semakin hari semakin banyak kelonggran yang diberikan untuk kita menuju ke fasa endemik Covid-19.

Apa tu endemik?

Maksudnya kita kena hidup bersama Covid-19 dan of course hidup dengan norma baru iaitu pakai mask, jaga penjarakan fizikal dan kerap cuci tangan.

daftar awal sebelum ke muzium

Yang terbaru, dengar-dengar cerita dah boleh rentas negeri bulan depan, kan? Tak sabarnyaaaa 😊

Tapi apa-apa pun kena tunggu pengumuman kerajaan, okay!

Sebenarnya nak bagitau, beberapa muzium akan dibuka Sabtu ni tau.

Antaranya, Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, Muzium Muzik, Muzium Tekstil Negara di Kuala Lumpur; Muzium Automobil Nasional di Selangor dan Muzium Seni Bina Malaysia di Melaka.

daftar awal sebelum ke muzium

Tapi perkara penting yang korang perlu tahu, korang tak boleh suka-suka serbu muzium macam tu je tau.

Korang kena daftar lebih awal secara online melalui e-janji temu di laman web ini :

http://www.jmm.gov.my/ms/content/janjitemu

daftar awal sebelum ke muzium

Bukan apa, taknak la nanti bersesak-sesak pulak dalam muzium, kan bahaya tuuu.

Antara syarat lain, hanya mereka yang lengkap divaksin dan cukup tempoh matang 14 hari dibenarkan masuk.

Bagi pelawat berusia 17 tahun ke bawah pula, jangan risau, korang boleh masuk muzium dengan ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Dah boleh plan siap-siap aktiviti hujung minggu ni, guys!

Paling penting, pakai mask, jaga jarak dan kerap cuci tangan, okay 😊

 

Oleh: Izzati Amir